RBA yg menang, ada menyamar jadi lebai sokong PAS dan ada yg menyamar jadi penyokong UMNO. Tapi ayat dah tentu menghina UMNO dan PAS, serta melaga-lagakan PAS dgn UMNO. Kalau setakat beri penerangan isu politik semasa antara UMNO dan PAS okay lagi boleh diterima, sbb masing2 parti UMNO dan PAS ada kesilapan. Tapi kalau dah memcerca dan menyindir tu, mesti kerja RBA upahan DAP.🤣
READ BEAN ARMY
Red Bean Army (RBA) atau Kacang Hantu adalah satu pasukan perang saraf dimana Modus Operandinya (MO) ialah untuk menyebar fitnah, menghasut, troll, hoax dengan matlamat memecah-belahkan kesepakatan dan kesatuan bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Gerakan ini didanai oleh ideologi komunis sebagai salah satu anasir bagi memudahkan agenda mereka untuk mencapai cita-cita membina sebuah negara berfahaman Neo Anarchist-Communism. Sasaran utama mereka adalah para belia yang banyak menggunakan media sosial sebagai medium komunikasi utama.
Antara cabang-cabang ideologi perang saraf RBA ialah dengan memainkan;
1] isu² politik fitnah, isu² agama melibatkan perbezaan mazhab, fiqrah dan isu² khilaffiyah lalu menawarkan pendekatan Islam Liberal
2] isu bangsa Melayu dengan mengulang² skrip Melayu sebagai bangsa rasis.
Kesemua ideologi tersebut dirancang rapi berlandaskan satu misi utama iaitu untuk melaga²kan sesama bangsa Melayu yang fitrahnya beragama Islam yang telah berkurun mempraktikkan fahaman Aswaja aliran mazhab as-Syafie. Dengan pegangan tersebut bangsa Melayu telah berjaya membangunkan bangsa dan tanahairnya bersama cabaran arus kemodenan. Walaupun kemodenan negara Malaysia telah digarap sejak tahun 1980 namun kemodenan tersebut masih gagal menjauhkan sepenuhnya bangsa Melayu dari akar umbi agamanya iaitu Islam.
Kemuncak Gerakan RBA
Kemuncak kejayaan RBA ialah apabila berjaya menumbangkan kuasa politik orang MELAYU pada PRU14. Tumbangnya kuasa politik orang MELAYU adalah kerana fitnah dan propaganda yang menjadi MO Perang Saraf RBA. Setelah Parti DAP yang mendanai RBA berjaya menguasai Kerajaan maka dapat dilihat bagaimana rakusnya mereka merealisasikan segala agenda yang selama ini didukung, antaranya;
1] Gerakan menukar sejarah orang Melayu di bumi Malaysia
2] Menghidupkan fahaman komunis dengan cara menyusupkan fakta² berlawanan ke Institusi Pendidikan
3] Melelong aset² Melayu dan Bumiputera
4] Menghapuskan geran² istimewa untuk orang Melayu
5] Menyulitkan syarat² pinjaman untuk kaum Melayu seperti di MARA
6] Usaha mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki universiti awam
7] Mempraktikkan undang² yang menindas pesalah Melayu
8] Meringan²kan isu penghinaan agama Islam
9] Sengaja memandang ringan penghinaan terhadap Institusi Diraja
10] Membiarkan penyebaran agama Kristian walaupun ianya bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia
Dan banyak lagi isu yang tidak menguntungkan orang Melayu sebagai bangsa pribumi.
SET UP OF RBA BERMULA SELEPAS PRU13
RM10 million budget to employ these Red Bean Army cyber-troopers at RM3,000 per person a month.
DAP has set aside a budget of RM10 million for the next 12 months to pay each ‘Red Bean Army’ or RBA cyber-trooper a salary of RM3,000 a month. Their job is to counter everything that Umno, Barisan Nasional and PAS say plus to keep repeating the key words: 1MDB Scandal, National Catastrophe and Global Kleptocracy.
👆Asal usul Red Bean Army (RBA)
KESIMPULAN
Peranan utama RBA ialah untuk memecahkan dominasi atau kesepakatan orang Melayu supaya bergaduh dan berpecah belah. Modus Operandinya mudah, timbulkan apa² isu yg sedang hangat, cth seperti sekarang isu politik pintu belakang (tagline mereka), maka RBA secara berjema’ah akan memancing emosi netizen agar berdebat dan akhirnya bergaduh sesama sendiri.
Pasukan RBA mendapat guideline drpd pihak atasan mereka yang mana mereka tahu bahawa dengan berpecah-belah pada kesepakatan maka orang MELAYU akan mudah dikalahkan, apabila org Melayu sejati (Islam) itu telah kalah maka Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia akan perlahan-lahan dapat dicampur adukkan dengan fahaman liberal Yang tiada tunjang kekuatan ILLAHI.
